Wednesday, 30 November 2011
Takaful Mampu Milik
Pada zaman ini Takaful adalah satu keperluan pada setiap insan agar orang yang tersayang tidak terkapai-kapai apabila hilang tempat bergantung. Tindakan yang tepat dan cepat adalah pilihan kita yang bijak.
Sunday, 27 November 2011
MAJLIS ILMU
Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.
Labels:
Ejen Insuran
Thursday, 17 November 2011
PARAH BIL HOSPITAL MELAMBUNG
KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.
Labels:
Kad Perubatan
Saturday, 5 November 2011
Pengalaman saya sebagai ejen Insuran/ Takaful
Salamsejahtera,
Saya bermula dengan sambilan dan agak bersahaja kerana pada masa itu saya bekerja di syarikat swasta dan gaji agak lumayan. Kesedaran saya bermula setelah gagal menceburi bidang MLM ( derect selling ) , banyak juga syarikat MLM yang saya join tapi hasilnya mengecewakan. Mungkin bukan rezeki saya kot.....
Setelah setahun saya membeli insuran hayat , agen insuran saya mempelawa saya buat insuran dengan alasan katanya, ianya satu perniagaan yang bagus dan boleh dijadukan satu kerjaya dan lagi kurangnya agen insuran yang berbangsa melayu. Saya pun terima pelawaan beliau sebab bila saya perhatikan memang saya tak jumpa agen insuran melayu. Insuran hayat yang saya beli pun agen nya berbangsa india.
Satu lagi yang saya perhatikan bila vendor yang masuk ketempat saya kerja untuk menghantar barang ke kilang dia pun buat insuran juga sebab ada antara kawan saya beli insuran dengan vendor tersebut dan agen insuran itu pun berbangsa cina.
Jadi saya pun berfikir daripada kawan - kawan saya beli insuran dengan agen cina tu baik saya yang jual insuran kepada kawan-kawan saya.
Selepas lulus peperiksaan pun saya pun mula kan operasi saya sebagai agen insuran. Alhamdulillah, saya buat insuran dengan niat tu memanglah nak cari duit lebih tapi yang lebih kuat lagi sebenarnya saya dah pasang NIAT tak nak makan gaji selama-lamanya sebab saya rasakan majikan kita sentiasa tidak puashati. Apa tidaknya bila tidak capai sasaran yang di kehendaki kenalan cari jalan penyelesain sehingga ketahap yang sepatutnya dan bila sasaran dah dapat kena fikirkan pula bagaimana untuk meningkatkan sasaran yang sedia ada lebih tinggi, adusssss, pening aku di buat nya...... macamni sampai bila pun sama aje!
Setelah 2 tahun saya menceburi bidang insuran ini saya agak terkejut sebab hasilnya memang lumayan kerana saya kirakan bila bekerja selama 10 tahun pendapatan sebulan , saya telah dapat hasilnya dengan menjual insuran. Ini baru buat bersahaja dan secara sambilan kalau sepenuh masa pasti saya akan dapat lebih lagi.
April 2004 detik saya

Kisah Aku
Friday, 4 November 2011
KONSEP TAKAFUL
Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.
Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.
Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.
Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
Dalil Kerjasama
- Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
- Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab
- Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi
- Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.
Memahami Kontrak Takaful
- Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.
Subscribe to:
Posts (Atom)