SOALAN

Medical Card

Soalan    1 : Medical Card ni ada pulangan ke, seperti satu simpanan yang kita boleh keluarkan bila tempoh matang?
Jawapan 1 : Medical Card bukan nya satu pelan simpanan, dan boleh di katakan semua syarikat insuran/takaful di Malaysia sama TAPI di MAA Takaful ada SURPLUS
>>read more

Soalan    2 : Apa itu SURPLUS ?
Jawapan 2 : Lebihan pada akhir tahun (jika ada) akan dikongsi di antara peserta dan MAA Takaful mengikut nisbah 50:50. Tiada lebihan akan dibayar jikalau peserta menyerahkan sijil kembali kepada MAA Takaful atau sijil dimansuhkan disebabkan oleh tuntutan yang dibuat.
>>read more


Soalan    3 : Bila kita dah terima Medical Card ni, boleh di gunakan terus ke?
Jawapan 3 : Untuk Kemalangan ia nya boleh di lindungi selepas Medical Card active tapi untuk penyakit biasa seperti demam perlu masa menunggu 30 hari dan untuk penyakit kritikal seperti stroke perlu masa menunggu 120 hari.
>>read more

Soalan    4 : Bagaimana kita nak guna Medical Card?
Jawapan 4 : Biasa nya bila jumpa doktor untuk mendapat rawatan ( hospital swasta ), doctor akan mengenal pasti masaalah yang di hadapi oleh pesakit dan selepas itu doktor sendiri akan bertanya samaada memiliki insuran ( medical card ) atau pun tidak?
Jadi, serahkanlah Medical Card dan Kad Pengenalan kepada doktor. Setelah doktor membuat anggaran kos rawatan dan laporan akan dihantar ke MiCare ( Itu semua urusan pihak hospital ) untuk mendapatkan Surat Jaminan kemasukan ( GL ) dari MAA Takaful. 

Soalan    5 : Berapa lama Surat Jaminan kemasukan hospital akan di keluarkan?
Jawapan 5 : Biasa nya antara 20minit ke 60min kerana proces dibuat mengikut giliran. Saya cadangkan call MiCare di 1-800-88-2678 untuk mendapatkan pengesahan setelah doktor menghatar laporan ke MiCare.

Soalan    6 : Kalau masuk Hospital kena bayar deposit ke?
Jawapan 6 : MAA Takaful tiada Ko-Takaful (Per-Caj), jadi nya tidak perlu deposit. Hanya sesetengah Hospital minta deposit antara RM200 ~ RM300 ( Sri Kota dan KPJ ) itu pun bila keluar ( Discharge ) ianya akan dipulangkan semula. Setakat ini Hospital Darul Ehsan Medical Center tiada deposit.