Showing posts with label Product. Show all posts
Showing posts with label Product. Show all posts

Sunday, 18 March 2012

Wednesday, 19 October 2011

TAKAFULINK WANITA

PENGENALAN

MAA Takafulink Wanita merupakan satu pelan perlindungan yang direka khusus untuk memberi perlindungan secara komprehensif terhadap kaum wanita. Pelan ini merangkumi perlindungan asas kematian dan hilang upaya kekal, perlindungan 36 penyakit kritikal, perlindungan penyakit-penyakit khas wanita dan juga perlindungan komplikasi kehamilan. Pelan ini juga didatangkan bersama kad perubatan yang memberi kemudahan rawatan terbaik di hospital-hospital swasta terpilih di seluruh negara.

MANFAAT PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN

Jika berlaku kematian terhadap peserta takaful  sejumlah wang hasil dari manfaat pampasan kematian akan dihibahkan /diwariskan kepada waris yang telah dipilih oleh peserta sebelum kematiannya.

MANFAAT TAMBAHAN PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN

Jika berlaku kematian akibat komplikasi hasil dari kehamilan, satu manfaat tambahan pampasan kematian akan diberikan kepada waris sebagai tambahan kepada manfaat pampasan kematian asas.

MANFAAT PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL

MAA Takafulink Wanita juga menyediakan tabung kecemasan jika peserta mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

MANFAAT PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL

Jika peserta didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.

MANFAAT PENYAKIT WANITA

MAA Takafulink Wanita memberi perlindungan khas penyakit-penyakit khas berkaitan wanita yang sebahagiannya tidak dilindungi oleh manfaat perlindungan 36 penyakit kritikal. Sejumlah manfaat kewangan akan diberikan bagi tujuan pembiayaan perubatan dan tujuan-tujuan berkaitan.Manfaat ini memberikan perlindungan penyakit-penyakit berikut:
  • Carcinoma-in-situ (Breast and Cervix Uterix)
  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
  • High Grade Squamous Intraepithelial Lesion (HSIL) with Severe Dysplasia
  • Fibroid
  • Ovarian Cyst
  • Pembedahan Reconstructive Muka Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kanser
  • Pembedahan Kulit Akibat Kebakaran
  • Pembedahan Kulit Akibat Kanser Kulit
  • Keretakan Tulang Akibat Osteoporosis
  • Rheumatoid Arthritis with complication
MANFAAT PERLINDUNGAN KEHAMILAN

MAA Takafulink Wanita memberi perlindungan kehamilan akibat dari komplikasi dan juga memberi perlindungan kepada bayi dari penyakit berkaitan konginetal. Sejumlah manfaat kewangan akan diberikan bagi tujuan pembiayaan perubatan dan tujuan-tujuan berkaitan. Senarai komplikasi kehamilan yang dilindungi adalah seperti berikut:
  • Penyebaran penggumpalan intravascular
  • Kehamilan ektopik
  • Kandungan molar
  • Kematian “stillbirth”
  • Kematian “neonatal”
  • Eclampsia
Senarai penyakit konginetal bayi yang dilindungi adalah seperti berikut:
  • Sindrom Down
  • Spina Bifida
  • Tetralogi Fallot
  • Transposisi pembuluh utama
  • Kecacatan Atrium Septum
  • Kecacatan Ventricular Septum
ELAUN KELAHIRAN BAYI

Sejumlah elaun akan diberikan bagi setiap kelahiran bayi kepada peserta dengan maksimum tiga kelahiran sepanjang tempoh polisi.

ELAUN PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA

Peserta boleh membuat tuntutan sebanyak RM100 setahun bagi tujuan pemeriksaan kesihatan wanita seperti ujian Darah, Pap Smear, Mammogram, Abdomen/Pelvis dan Ultrasound.

ELAUN HARIAN HOSPITAL AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN

Peserta akan diberikan elaun hospital sebanyak RM200 sehari dengan tujuh hari jumlah maksima jika berada di wad hospital akibat dari komplikasi kehamilan.

ELAUN HARIAN HOSPITAL

Jika peserta dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, peserta akan menerima elaun harian bersamaan jumlah hari kemasukan hospital.

ELAUN PEMBEDAHAN

Peserta akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap peserta.

PENGECUALIAN CARUMAN

Jika penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, caruman bulanan peserta akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga peserta meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.  Manfaat ini hanya terpakai kepada manfaat polisi asas sahaja.
MAA Takafulink Wanita juga disertakan bersama kad perubatan yang akan memberikan kemudahan rawatan tanpa tunai di hospital-hospital panel MAA Takaful seluruh Malaysia.

KHAIRAT KEMATIAN

MAA Takafulink menyediakan khairat kematian sebanyak RM5000 yang mana sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian dan bakinya akan diserahkan kemudian bagi tujuan-tujuan lain berkaitan si mati.

MANFAAT SIMPANAN

Di samping memperoleh perlindungan melalui pelan ini, peserta juga akan menikmati manfaat simpanan yang akan dilaburkan ke dana-dana syariah terpilih bagi memaksimumkan nilai simpanan.

MANFAAT BERGANDA

Walaupun peserta atau waris telah menerima wang hasil dari manfaat pampasan kematian atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil dari satu pelan simpanan sahaja.

PENGECUALIAN CUKAI

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat dua jenis pengecualian cukai iaitu cukai insurans hayat dan juga insurans perubatan.

DANA HAJI



Pelan Alternatif Simpanan Menunaikan Haji

Pengenalan

Rukun islam yang ke-5 mewajibkan semua umatnya yang berkemampuan untuk mengerjakan haji diMekah.Namun begitu sudahkah kita mula menyimpan?Berkemampuan disini bermaksud ianya tidak membebankan umat islam dalam erti kata lain tidak sampai berhutang/tidak boleh berhutang untuk menunaikan haji.Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang menyimpan di samping juga mendapat perlindungan risiko kematian . MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.

Ciri-ciri dan kelebihan Takaful Haji
1. belanja pengurusan pengkebumian(khairat kematian) RM2000 diberi dalam tempoh 24 jam
2. RM5000 untuk waris mengerjakan BADAL HAJI
3. 100% dari jumlah perlindungan bagi manfaat tambahan akan dibayar terhadap kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan jika meninggal diMalaysia
4. 200% dari jumlah perlindungan bagi manfaat tambahan akan dibayar jika kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal dan keseluruhan berlaku diarab saudi.
5. HIBAH.
6. Perlindungan pendapatan
7. Simpanan percuma(jika disahkan mengidap penyakit kritikal)
8. Rebet cukai pendapatan
9. Dividen tahunan purata 9%

Lihat gambah rajah dibawah untuk perbandingan menyimpan ditabung haji dan Takaful Hajj


DANA SYARIAH MAA TAKAFULINK

Setiap simpanan akan dilaburkan di dalam dana-dana syariah terpilih MAA Takafulink. Pulangan hasil dari pelaburan akan dimasukkan ke akaun penyimpan bagi mengoptimumkan simpanan.

Prestasi dana-dana syariah MAA Takafulink adalah amat kompetitif dan mampu menyaingi prestasi pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang lain.

Friday, 14 October 2011

DANA PERUBATAN

Sedikit promosi kad perubatan dari MAA Takaful. Murah dan mampu dimiliki. Ayuh kepada yang masih tidak mempunyai kad perubatan, miliki kad perubatan MAA Takaful hari ini. Sediakan payung sebelum hujan. Sediakan persediaan sebelum ditimpa musibah penyakit.
MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100 MEDICAL CARD
PENGENALAN
MAA Takaful Smart Medic 100 merupakan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda.
TIADA KO-TAKAFUL
Kad perubatan MAA Takaful tidak mempunyai ko-takaful 10%. Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MAA Takaful Smart Medic, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung 100%.
KAD PERUBATAN TUNGGAL (STAND ALONE)
Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic adalah kad perubatan tunggal di mana ia tidak perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja tanpa perlu memiliki pelan takaful lain.
PEMBAHARUAN DIJAMIN
Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.
KAD PERUBATAN YANG MURAH DAN MAMPU DIMILIKI
Dengan RM55 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan dengan nilai had tahunan sehingga RM100,000 dan seumur hidup RM300,000.
MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN YANG TINGGI
MAA Takaful Smart Medic 100 menawarkan khairat kematian sebanyak RM5000 untuk apa jua sebab kematian.
PANEL HOSPITAL TERBAIK SELURUH MALAYSIA
MAA Takaful mempunyai lebih 90 panel hospital seluruh Malaysia. Klik di sini untuk senarai penuh.
JADUAL MANFAAT MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100
JADUAL BAYARAN MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100
*Bayaran di atas adalah berdasarkan sumbangan tahunan. Anda hanya perlu membahagikan jumlah tahunan kepada 12 bulan untuk mengetahui caruman bulanan anda
PERHATIAN!
Pelan takaful anda tidak akan lengkap jika sekiranya anda hanya memiliki kad perubatan tanpa mengambil pelan takaful hayat. Kad perubatan hanya menyediakan manfaat bayaran bil-bil perubatan dan manfaat khairat kematian sahaja. Anda perlu mengambil pelan MAA Takafulink yang menyediakan manfaat pampasan kematian dan hilang upaya kekal. Di samping itu, anda juga akan mendapat manfaat-manfaat tambahan yang lain berdasarkan keperluan anda.

Jika anda inginkan pelan lengkap, lihat contoh di bawah atau hubungi saya di talian dan emel di bawah.

DAFTAR PERMOHONAN KAD PERUBATAN ANDA SECARA ONLINE HARI INI! MUDAH DAN CEPAT.
Jasni Sangari
Managing  Consultant
MAA Takaful Berhad
Tel: 010 266 4443
E-Mel: jasni_aia@yahoo.com / jasni26@gmail.com
Laman Web: http://www.jasnisangari.com/blog