Wednesday, 28 December 2011

PELANGGAN YANG DI HORMATI

Apabila anda telah menjadi pelanggan MAA Takaful bhd, Daftar di alamat di bawah ini

Ini adalah bertujuan untuk memastikan account dapat di pantau dengan sendiri samaada bayaran telah di kemaskini dan sebagainya. Lihat langkah yang perlu anda lakukan.

Friday, 9 December 2011

BUKTI YANG TELAH DI TERIMA

Alhamdulillah, bukan kita minta tapi ini lah hakikat nya bila Allah hendak menguji hambanya dan hambanya telah membuat persediaan awal dan  ini untuk insan yang tersayang untuk meneruskan kehidupan.



Adakah membuat prsediaan awal itu merugikan?

Hanya RM100.00 sebulan , dan inilah persediaan yang sebenar.

Bertindak lah dengan bijak kerana ia dapat menyelamatkan orang yang tersayang untuk meneruskan kehidupan bila tidak selesa sampai.

Wednesday, 30 November 2011

Takaful Mampu Milik

Pada zaman ini Takaful adalah satu keperluan pada setiap insan agar orang yang tersayang tidak terkapai-kapai apabila hilang tempat bergantung. Tindakan yang tepat dan cepat adalah pilihan kita yang bijak.





Sunday, 27 November 2011

MAJLIS ILMU

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya; “Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.


Thursday, 17 November 2011

PARAH BIL HOSPITAL MELAMBUNG

parah-bil-hospital

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan
Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.
Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Saturday, 5 November 2011

Pengalaman saya sebagai ejen Insuran/ Takaful

 Salamsejahtera,

Saya bermula dengan sambilan dan agak bersahaja kerana pada masa itu saya bekerja di syarikat swasta dan gaji agak lumayan. Kesedaran saya bermula setelah gagal menceburi bidang MLM ( derect selling ) , banyak juga syarikat MLM yang saya join tapi hasilnya mengecewakan. Mungkin bukan rezeki saya kot.....

Setelah setahun saya membeli insuran hayat , agen insuran saya mempelawa saya buat insuran dengan alasan katanya, ianya satu perniagaan yang bagus dan boleh dijadukan satu kerjaya dan lagi kurangnya agen insuran yang berbangsa melayu. Saya pun terima pelawaan beliau sebab bila saya perhatikan memang saya tak jumpa agen insuran melayu. Insuran hayat yang saya beli pun agen nya berbangsa india.

Satu lagi yang saya perhatikan bila vendor yang masuk ketempat saya kerja untuk menghantar barang ke kilang dia pun buat insuran juga sebab ada antara kawan saya beli insuran dengan vendor tersebut dan agen insuran itu pun berbangsa cina.

Jadi saya pun berfikir daripada kawan - kawan saya beli insuran dengan agen cina tu baik saya yang jual insuran kepada kawan-kawan saya.

Selepas lulus peperiksaan pun saya pun mula kan operasi saya sebagai agen insuran. Alhamdulillah, saya buat insuran dengan niat tu memanglah nak cari duit lebih tapi yang lebih kuat lagi sebenarnya saya dah pasang NIAT tak nak makan gaji selama-lamanya sebab saya rasakan majikan kita sentiasa tidak puashati. Apa tidaknya bila tidak capai sasaran yang di kehendaki kenalan cari jalan penyelesain sehingga ketahap yang sepatutnya dan bila sasaran dah dapat kena fikirkan pula bagaimana untuk meningkatkan sasaran yang sedia ada lebih tinggi, adusssss, pening aku di buat nya...... macamni sampai bila pun sama aje!

Setelah 2 tahun saya menceburi bidang insuran ini saya agak terkejut sebab hasilnya memang lumayan kerana saya kirakan bila bekerja selama 10 tahun pendapatan sebulan , saya telah dapat hasilnya dengan menjual insuran. Ini baru buat bersahaja dan secara sambilan kalau sepenuh masa pasti saya akan dapat lebih lagi.

April 2004 detik saya







Friday, 4 November 2011

KONSEP TAKAFUL


Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Konsep ini sebenarnya telah diamalkan sejak lebih 1,400 tahun.

 Pada asasnya, sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu di kalangan para pesertanya.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukannya.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:

Dalil Kerjasama
  • Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. (Al-Maidah : 2)
  • Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling membantu antara satu sama lain. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Abu Daud)
Dalil Tanggungjawab
  • Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya. (Diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim)
Dalil Saling Melindungi
  • Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)

Berasaskan kepada dalil di atas, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan konsep Takaful sebagai kaedah terbaik untuk memenuhi tuntutan ini.

Memahami Kontrak Takaful
  • Meskipun konsep insurans dibenarkan di dalam Syariah, terdapat beberapa amalan insurans konvensional yang bercanggah. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis ‘Aqad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (ejensi) yang bebas daripada sebarang unsur Riba (faedah), Maisir (perjudian) dan Gharar (tidak jelas). Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama para peserta.

Tuesday, 25 October 2011

Belajar pandai-pandai ya anak ku..

Salam sahabatku,

Dulu kita mula belajar seawal 7 tahun,itu lingkaran tahun 70'an dan sekarang bila mengikut peredaran zaman seawal umur 4 tahun dah mula Pra-sekolah tapi tak lah wajib. Walaupun tak wajib tapi kalau kita tak hantar anak kita sekolah nanti bila umur 7 tahun (Darjah 1) ketinggalan lah pulak.

Anak orang lain dah kenal huruf,boleh tulis dan mungkin boleh membaca bila mula darjah 1 tapi anak kita kalau tak ikut Pra-sekolah pasti akan tercicir dengan kawan-kawan nya yang lain. Jadi,kenalah kita ikutkan juga hantar Pra-sekolah. Sayang anak lah katakan....

Dari 4 tahun hingga 12 tahun anak kita sekolah memang memerlukan kos yang banyak, lebih-lebih lagi kalau anak lebih dari seorang.Setiap awal tahun mesti kena sediakan kelengkapan sekolah dan situasi itu biasa nya ibu bapa akan rasa banyak mengeluh tentang budjet tapi demi anak-anak tersayang dan tanggungjawab kena lah di uruskan juga.

Setiap hari kita sebagai ibu bapa akan menasihatkan anak-anak belajar lah pandai sampai ke menara gading dan harapan itu mesti ada pada setiap ibu bapa.

Tapi sebagai ibu bapa masih ramai yang tidak membuat persediaan awal untuk anak-anak secara sistematik dan selamat. Ramai anak yang bijak tak dapat meneruskan pelajaran yang lebih tinggi sebab kos pendidikan sekarang terlalu mahal, kalau pinjam dengan PTPTN nak bayar semula ramai yang gagal, ibu bapa hilang pendapatan sebab hilang upaya , ibu bapa meninggal dunia awal dan sebagai nya.

Saya cadangkan di sini supaya buat lah dana pendidikan bersama MAA Takaful. Bila kita bertindak dengan bijak dan meletakkan risiko seperti di atas kepada MAA Takaful maka apa yang kita rancang untuk masa hadapan anak kita lebih terjamin dan sudah pasti anak kita akan dapat meneruskan pelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

Dengan meletakkan risiko yang tidak dijangka kepada MAA Takaful kita tidak akan mengecewakan anak-anak walaupun perkara yang tidak selesa seperti di atas berlaku pada kita.

Persediaan awal memang terlalu penting

Monday, 24 October 2011

DANA PENDIDIKAN



 Perjalanan yang Beribu Batu Jauhnya Bermula dengan Langkah yang Pertama…
Anak-anak kita merupakan aset yang sangat bernilai, mereka yang akan menjadi tunggak untuk menentukan
serta membentuk masa depan. Namun, masa depan anak-anak kita terletak diatas tindakan dan keputusan
kita HARI INI. Yang pasti, telah menjadi impian bagi setiap ibu bapa untuk menyediakan segala yang
terbaik dalam hidup kepada anak-anak mereka dan juga menjadi hadiah yang terbaik kepada anak-anak
iaitu pendidikan yang terbaik. Seperti perkara-perkara lain dalam kehidupan, pendidikan yang baik tidak
diperolehi dalam harga yang rendah.

Kebimbangan Kami...
Mengejar pendidikan yang terbaik bermakna di universiti yang terbaik yang sememangnya memerlukan
satu perbelanjaan yang besar. Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh
dielakkan; oleh itu kita sebagai ibubapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap
dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian dan keberanian walaupun pada masa inflasi
dan masalah ekonomi yang meruncing. Jangan bebankan anak-anak kita dengan membiarkan mereka
membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran. Tetapi jangan risau dan
bimbang, Takafulink Education direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak
dana pendidikan untuk anak anda. Ingatlah, kejayaan anak-anak kita bergantung kepada keputusan yang
kita buat pada hari ini… seperti kata pepatah; Perjalanan yang beribu batu jauhnya bermula dengan
langkah yang pertama. Dengan Takafulink Education, anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap
bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adanya halangan.

Penyelesaian...
Takafulink Education adalah ditawarkan oleh MAA Takaful kepada semua ibu bapa yang sentiasa
meletakkan keluarga mereka terutama anak-anak sebagai perkara yang utama. Takafulink Education bukan
hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk
menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal
bagi Ahli Dilindungi. Oleh yang demikian, Pelan Takafulink Education merupakan Pelan Takaful Keluarga
berkaitan pelaburan yang diluluskan Syariah serta direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup
serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang
lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, anda telah mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan
masa depan anak-anak anda.... TAHNIAH!


Faedah Pelan...

Perlindungan 
Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, tertakluk kepada pengunderaitan semasa. Sekiranya berlaku Kematian,
kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.

Sekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami sebelum usia 25 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar. Nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan berubah-ubah mengikut prestasi asas dana Takafulink Education dan ianya tidak dijamin.

Jenis Akaun 
Caruman anda akan disalurkan kepada Akaun Pelaburan Peserta (PIA) selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh Pengendali Takaful sebagai ejen peserta dalam menguruskan operasi perniagaan Takaful. PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan.
Caruman anda akan dilaburkan di dalam dana yang diluluskan Syariah. Caj risiko bulanan akan dikenakan melalui PIA kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). PRIA adalah ana risiko terkumpul di mana para peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan). Jumlah Asas Dilindungi adalah
berbayar dari dana tersebut.

Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada yuran pengurusan dana sebanyak 1% -1.5% setahun, yang dikenali sebagai Yuran Wakalah Tharawat.

Manfaat Elaun

Pencapaian SPM 
Manfaat ini akan dibayar dari dana pemegang saham berdasarkan konsep Hibah (sebagai hadiah dari Pengendali Takaful kepada Peserta-peserta) dan merujuk kepada budibicara mutlak Pengendali Takaful. Jumlah maksimum yang akan dibayar dibawah manfaat ini dihadkan kepada RM 1,000. Jadual pembayaran adalah seperti berikut;

Keputusan SPM Manfaat akan dibayar (RM)
5A’s RM500
8A’s RM1,000

Friday, 21 October 2011

Orang kaya yang bijak

Saya ada pelanggan yang kaya, itu bagi pandangan saya dan suatu ketika dulu sebelum dia belum menjadi pelanggan saya, saya berkongsi tentang kebaikan kad perubatan ianya boleh melindungi wang kita dari habis untuk membayar bill perubatan dan sebagai nya.

  Pandangan beliau tentang kad perubatan ini memang sangat bagus tetapi beliau memberitahu saya yang dia ada wang dan sekiranya antara keluarga beliau masuk hospital swasta untuk menyelesaikan bill tiada masaalah.

Saya pun senyum dan menepuk bahu beliau dan mengatakan yang Abang memang tiada masaalah sebab Abang kaya tapi biasanya orang yang kaya nie, macam Abang adalah di kalangan orang yang bijak pandai sebab tu Abang kaya. Saya pun tanya lah satu soalan pada beliau, kalau di beri plihan antara RM1,700.00 atau RM30,000.00 yang mana satu Abang sayang? Dia pun jawab RM30,000.00 lah.....

Saya pun senyum lagi dan berkata , Kalau Abang memang sayang RM30,000.00 saya pun sama jadi ini pandangan saya. Setahun ada 365 hari ianya satu masa yang panjang dan macam-macam akan berlaku dan ini biasanya perkara yang kita tidak duga.

Saya cadangkan dalam setahun Abang peruntukan RM1,700.00 untuk Dana Perubatan keluarga. Sekarang ni kalau masuk hospital sebab Demam Denggi pun  memerlukan antara RM3,000.00 ~ RM5,000.00 dan ini baru sekali masuk hospital. Ingat ya setahun ada 365 hari dan sekiranya dugaan Allah nak beri pada kita apa lah daya kita. Kalau abang sekeluarga mempunyai kad perubatan hanya RM1,700.00 setahun dan ianya boleh menyelamatkan RM50,000.00 duit Abang, Kan itu satu tindakan yang bijak dan satu penjimatan.

Alhamdulillah, pandangan saya boleh di terima pakai dan beliau pun bersetuju dengan cadangan saya.

Nak di jadikan cerita  pada tahun ke-2 selepas mempunyai kad perubatan......berlaku 2 kejadian yang melibatkan anak lelaki beliau dan bill perubatan mencecah RM8,000.00.

Cerita orang kaya belum habis, nanti saya sambung lagi ya.....


 Seperti yang di janjika sambunga cerita Orang kaya yang bijak di teruskan......
Isnin 24/10/2011

Setelah insiden yang berlaku tehadap anak nya itu, beliau menambah Policy insuran iaitu jenis simpanan untuk dirinya sebanyak RM2700 dan mendapat perlindungan sebanyak RM100,000.00 + kemalangan + 36 jenis penyakit kritikal + elaun hospital.

Pada masa yang sama beliau memperkenalkan jiran nya kepada saya dan dalam diam-diam beliau telah menceritakan kebaikan / kelebihan memiliki Kad Perubatan. Alhamdulillah, jiran nya pun bersetuju untuk memiliki Kad Perubatan dan disitu saya dapat menjual Kad Perubatan suami isteri ( RM1883 ) TANPA perlu memujuk untuk membeli dan saya hanya perlu menerangkan lebih terperinci bila memiliki Kad Perubatan.

Pada Aug 2010 saya berhijrah dari AIA bhd kepada MAA Takaful bhd. Saya pun menerangkan kepada beliau kenapa saya berhijrah ke MAA Takaful bhd setelah sekian lama ( 10 tahun ) bersama AIA bhd.

Alhamdulillah, di situ beliau memperkenalkan meminta saya memberi penerangan kepada isteri beliau dan akhir nya isteri beliau bersetuju untuk membeli satu Policy yang bernilai RM3000.00 setahun ( Perlindungan RM100,000.00 + Simpanan + 46 jenis penyakit kritikal + Kad Perubatan + Elaun hospital ).
Yang paling menggembirakan lagi isteri beliau meminta Pelan Pendidikan untuk anak-anak nya seramai 5 orang dan setiap seorang caruman sebanyak RM1200 setahun. Alhadulullah, dalam hatil kecilku ini Ya Allah ini lah rezeki yang engkau berikan tanpa aku jangkan. Subhanallah

Saya cerita sikit kisah jiran orang kaya yang bijak....

Pada masa yang sama jiran nya pun ada, jadi secara tak langsung jiran nya yang dulu nya memiliki Kad Perubatan minta saya tukar kan Kad Perubatan nya ke syarikat MAA Takaful bhd dan meminta saya menyediakan pelan simpanan. Alhamdulillah, setelah saya menerangkan pelan simpanan itu beliau pun bersetuju mencarum sebanyak RM3500 ( Perlindungan RM100,000.00 + Simpanan + 46 jenis penyakit kritikal + Elaun hospital ).

Sebulan selepas itu saya mengunjungi rumah orang kaya dan seperti biasa dia akan memberitahu jiran nya  yang Jasni nak datang , kali ini saya datang untuk menghantar Policy Contract. Macam biasa teh 'O' panas menjadi hidangan dan saya pun menerangkan serba ringkas tentang isi kandungan nya. Perbincangan kami berkenaan Policy Contract bertukar ke satu topik  yang saya suka bila jiran itu tadi bertanyakan " Kalau saya nak UpGrade insuran saya boleh ke tak?" 

Jawapan saya memang lah boleh tapi dengan syarat kesihatan kita ok, tapi saya cadangkan ambil satu Policy lagi pun kira UpGrade juga. Bila saya bertanya berapa abang nak sum covered dan dia pun suruh saya kirakan untuk RM500,000.00. Alhamdulillah, setelah di kira dan perbincagan selesai akhirnya  dia bersetuju untuk menambah Policy baru dengan nilai caruman sebanyak RM10,000.00

Itu lah bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki tuam manusia siapa yang tahu ( Rezeki Allah nak bagi untuk anak-anak )

Note: Untuk info kawan semua, jiran orang kaya yang bijak itu sebenarnya adalah seorang Wargatetap ( ic merah ) 

Cerita Orang kaya yang bijak ada lagi sebenarnya ada lagi......nanti saya sambung lagi ye kekawan.





Thursday, 20 October 2011

GEMURUH JIWA SEMANGAT MEMBARA

Khas Untuk Consultant MAA Takaful

Wednesday, 19 October 2011

TAKAFULINK WANITA

PENGENALAN

MAA Takafulink Wanita merupakan satu pelan perlindungan yang direka khusus untuk memberi perlindungan secara komprehensif terhadap kaum wanita. Pelan ini merangkumi perlindungan asas kematian dan hilang upaya kekal, perlindungan 36 penyakit kritikal, perlindungan penyakit-penyakit khas wanita dan juga perlindungan komplikasi kehamilan. Pelan ini juga didatangkan bersama kad perubatan yang memberi kemudahan rawatan terbaik di hospital-hospital swasta terpilih di seluruh negara.

MANFAAT PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN

Jika berlaku kematian terhadap peserta takaful  sejumlah wang hasil dari manfaat pampasan kematian akan dihibahkan /diwariskan kepada waris yang telah dipilih oleh peserta sebelum kematiannya.

MANFAAT TAMBAHAN PAMPASAN JIKA BERLAKU KEMATIAN AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN

Jika berlaku kematian akibat komplikasi hasil dari kehamilan, satu manfaat tambahan pampasan kematian akan diberikan kepada waris sebagai tambahan kepada manfaat pampasan kematian asas.

MANFAAT PAMPASAN HILANG UPAYA KEKAL

MAA Takafulink Wanita juga menyediakan tabung kecemasan jika peserta mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

MANFAAT PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL

Jika peserta didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.

MANFAAT PENYAKIT WANITA

MAA Takafulink Wanita memberi perlindungan khas penyakit-penyakit khas berkaitan wanita yang sebahagiannya tidak dilindungi oleh manfaat perlindungan 36 penyakit kritikal. Sejumlah manfaat kewangan akan diberikan bagi tujuan pembiayaan perubatan dan tujuan-tujuan berkaitan.Manfaat ini memberikan perlindungan penyakit-penyakit berikut:
  • Carcinoma-in-situ (Breast and Cervix Uterix)
  • Systemic Lupus Erythematosus (SLE) with Lupus Nephritis
  • High Grade Squamous Intraepithelial Lesion (HSIL) with Severe Dysplasia
  • Fibroid
  • Ovarian Cyst
  • Pembedahan Reconstructive Muka Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kemalangan
  • Pembedahan Reconstructive Payu Dara Akibat Kanser
  • Pembedahan Kulit Akibat Kebakaran
  • Pembedahan Kulit Akibat Kanser Kulit
  • Keretakan Tulang Akibat Osteoporosis
  • Rheumatoid Arthritis with complication
MANFAAT PERLINDUNGAN KEHAMILAN

MAA Takafulink Wanita memberi perlindungan kehamilan akibat dari komplikasi dan juga memberi perlindungan kepada bayi dari penyakit berkaitan konginetal. Sejumlah manfaat kewangan akan diberikan bagi tujuan pembiayaan perubatan dan tujuan-tujuan berkaitan. Senarai komplikasi kehamilan yang dilindungi adalah seperti berikut:
  • Penyebaran penggumpalan intravascular
  • Kehamilan ektopik
  • Kandungan molar
  • Kematian “stillbirth”
  • Kematian “neonatal”
  • Eclampsia
Senarai penyakit konginetal bayi yang dilindungi adalah seperti berikut:
  • Sindrom Down
  • Spina Bifida
  • Tetralogi Fallot
  • Transposisi pembuluh utama
  • Kecacatan Atrium Septum
  • Kecacatan Ventricular Septum
ELAUN KELAHIRAN BAYI

Sejumlah elaun akan diberikan bagi setiap kelahiran bayi kepada peserta dengan maksimum tiga kelahiran sepanjang tempoh polisi.

ELAUN PEMERIKSAAN KESIHATAN WANITA

Peserta boleh membuat tuntutan sebanyak RM100 setahun bagi tujuan pemeriksaan kesihatan wanita seperti ujian Darah, Pap Smear, Mammogram, Abdomen/Pelvis dan Ultrasound.

ELAUN HARIAN HOSPITAL AKIBAT KOMPLIKASI KEHAMILAN

Peserta akan diberikan elaun hospital sebanyak RM200 sehari dengan tujuh hari jumlah maksima jika berada di wad hospital akibat dari komplikasi kehamilan.

ELAUN HARIAN HOSPITAL

Jika peserta dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, peserta akan menerima elaun harian bersamaan jumlah hari kemasukan hospital.

ELAUN PEMBEDAHAN

Peserta akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap peserta.

PENGECUALIAN CARUMAN

Jika penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, caruman bulanan peserta akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga peserta meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu.  Manfaat ini hanya terpakai kepada manfaat polisi asas sahaja.
MAA Takafulink Wanita juga disertakan bersama kad perubatan yang akan memberikan kemudahan rawatan tanpa tunai di hospital-hospital panel MAA Takaful seluruh Malaysia.

KHAIRAT KEMATIAN

MAA Takafulink menyediakan khairat kematian sebanyak RM5000 yang mana sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian dan bakinya akan diserahkan kemudian bagi tujuan-tujuan lain berkaitan si mati.

MANFAAT SIMPANAN

Di samping memperoleh perlindungan melalui pelan ini, peserta juga akan menikmati manfaat simpanan yang akan dilaburkan ke dana-dana syariah terpilih bagi memaksimumkan nilai simpanan.

MANFAAT BERGANDA

Walaupun peserta atau waris telah menerima wang hasil dari manfaat pampasan kematian atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil dari satu pelan simpanan sahaja.

PENGECUALIAN CUKAI

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat dua jenis pengecualian cukai iaitu cukai insurans hayat dan juga insurans perubatan.

DANA HAJI



Pelan Alternatif Simpanan Menunaikan Haji

Pengenalan

Rukun islam yang ke-5 mewajibkan semua umatnya yang berkemampuan untuk mengerjakan haji diMekah.Namun begitu sudahkah kita mula menyimpan?Berkemampuan disini bermaksud ianya tidak membebankan umat islam dalam erti kata lain tidak sampai berhutang/tidak boleh berhutang untuk menunaikan haji.Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang menyimpan di samping juga mendapat perlindungan risiko kematian . MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.

Ciri-ciri dan kelebihan Takaful Haji
1. belanja pengurusan pengkebumian(khairat kematian) RM2000 diberi dalam tempoh 24 jam
2. RM5000 untuk waris mengerjakan BADAL HAJI
3. 100% dari jumlah perlindungan bagi manfaat tambahan akan dibayar terhadap kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan jika meninggal diMalaysia
4. 200% dari jumlah perlindungan bagi manfaat tambahan akan dibayar jika kematian akibat kemalangan atau hilang upaya kekal dan keseluruhan berlaku diarab saudi.
5. HIBAH.
6. Perlindungan pendapatan
7. Simpanan percuma(jika disahkan mengidap penyakit kritikal)
8. Rebet cukai pendapatan
9. Dividen tahunan purata 9%

Lihat gambah rajah dibawah untuk perbandingan menyimpan ditabung haji dan Takaful Hajj


DANA SYARIAH MAA TAKAFULINK

Setiap simpanan akan dilaburkan di dalam dana-dana syariah terpilih MAA Takafulink. Pulangan hasil dari pelaburan akan dimasukkan ke akaun penyimpan bagi mengoptimumkan simpanan.

Prestasi dana-dana syariah MAA Takafulink adalah amat kompetitif dan mampu menyaingi prestasi pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang lain.

Perlindungan RM 1,000,000 bersama MAA Takaful

Salam,
Mungkin ramai dari kita - terutama orang2 islam yang tidak pernah terfikir untuk mengambil perlindungan untuk diri sehingga mencecah RM 1 juta (Satu Juta Ringgit). Sedangkan bangsa-bangsa lain, polisi RM1 juta sudah menjadi kebiasaan.
Saya mengambil peluang untuk berkongsi anda tentang Perlindungan RM 1 juta bersama MAA Takaful - pada pandangan saya merupakan PELAN PERLINDUNGAN TAKAFUL BERASASKAN PELABURAN YANG TERMURAH DI MALAYSIA


Lihat quotation yang diberikan dibawah; mungkin anda ada keperluan dan kehendak untuk melindungi diri / pendapatan sehingga RM 1,000,000

Nama : Encik Prospek
Umur :
30 thn (DOB terakhir)
Kod Kerja :
2 ; Merokok

 
Sumbangan Tahunan :Hanya RM8,000 sahaja

Perlindungan / Benefit untuk anda :-

  • Khairat Kematian (biasa) - RM1,000,000
  • Hilang Upaya Kekal HUK (Biasa) - RM1,000,000
  • Khairat Kematian (Kemalangan) - RM1,100,000
  • HUK (Kemalangan) - RM1,100,000
  • Elaun Hospital - RM200 / hari
  • Perlindungan 36 Penyakit Kritikal - RM200,000
  • Waiver of Contribution* - RM8,000
  • Kecacatan akibat kemalangan - bayaran mengikut % dari nilai perlindungan kemalangan sebanyak RM100,000
* waiver of contribution - bila berlaku 36 penyakit kritikal kepada si pembayar - maka sijil ini akan menjadi PERCUMA sehingga matang @ sehingga sijil diserahkan.


JANGKAAN PULANGAN TUNAI**

Selepas 15 tahun sumbangan - RM 113,404
Selepas 20 tahun sumbangan -
RM 175,710
Selepas 25 tahun sumbangan -
RM 215,413

LIHAT FAKTA INI !


Anda berlindung selama 20 tahun ;
jumlah sumbangan
RM8,000 X 20 tahun = RM160,000
Jangkaan pulangan tunai = RM175,710 !

Anda sebenarnya mendapat PERLINDUNGAN PERCUMA sebanyak RM1,000,000 selama 20 tahun !

** pulangan tunai adalah dikira pada 8% setiap tahun. Ianya tidak dijamin - bergantung kepada prestasi dana dalam MAA Takaful. Dividen dikira pada Dana Syariah Balanced (BF - 100%)



Berminat untuk mengetahui tentang lebih jelas perlindungan RM1 juta

Friday, 14 October 2011

Pentingnya Insuran dalam kehidupan kita

.

Dengarkan sedikit info tentang betapa pentingnya insuran di dalam kehidupan kita pada hari ini.Luangkan sedikit masa anda untuk mendengar...tidak rugi!


Apakah Insuran satu keperluan atau sesuatu hanya bagus untuk dimiliki?

Mengapa pentingnya insurance dalam kehidupan kita?

Sebab kita seorang manusia yang bertanggung jawab terhadap diri dan juga orang lain seperti ibubapa, isteri, anak-anak atau para pekerja kita.

Kita, suka atau tidak, memang tidak boleh lari dari menyebut soal kematian. Perkara yang paling ramai orang tidak suka untuk memikirkannya, kecuali hanya segelintir sahaja. Mungkin anda juga hanya akan membaca sehingga ke peringkat ini dan terus close blog ini, tetapi saya yakin anda berkemungkinan akan meneruskan juga pembacaan ini.




Ramai yang berfikir dengan perkataan "MATI", habis cerita, terutama orang yang tiada pegangan agama, mati adalah penamat cerita. Tetapi bagi orang yang bertanggung jawab, kadang-kadang kerisauan memikirkan tentang mati menyebabkan mereka menyerahkan kepada takdir untuk meneruskan kehidupan didunia ini. Menjadi orang bijak seperti sabda Nabi, membuatkan mereka berfikir tentang persediaan dunia dan akhirat. Sedangkan perkiraan akhirat juga bergantung sepenuhnya dengan segala perbuataan kita didunia ini.

Semasa muda dahulu, saya juga tergolong dalam golongan orang yang tidak memikirkan persediaan tersebut. Memang sudah terlambat, tetapi terlambat lebih baik dari tidak bersedia langsung. Apabila sudah berkeluarga, umur sudah meningkat,  sudah ada isteri dan anak-anak,  mula memikirkan soalan-soalan persediaan tadi.

Apa akan terjadi pada anak dan isteri saya jika ketiadaan saya nanti? Bila merenung muka anak saya yang bungsu, kerisauan akan meningkat secara mendadak. Malam-malam terjaga dan tertitis air mata seorang bapa. Adakah saya menyediakan ilmu yang bermanfaat serta harta/duit yang mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan yang selesa dan tidak meminta-minta? Adakah isteri saya terpaksa bekerja sendiri untuk menyara kehidupan mereka? Adakah duit EPF saya mencukupi? Adakah mereka akan menjaga amal ibadat seperti sekarang? Adakah mereka akan mendoakan saya seperti yang diajar? Adakah mereka perlu meminta-minta untuk masuk ke universiti? Adakah mereka akan terbiar tanpa bantuan? Bila sebut soal anak, hati ibu-bapa mana yang tak menangis? Sesetengah ada yang terjaga waktu malam untuk merenungkannya. Apalah lagi jika sekarang, untuk meneruskan kehidupan pun sering berhutang sana dan sini. Jadi kesudahnya ramai yang tak mahu fikir, sebab masalah sekarang pun tak pernah selesai. Duit tak pernah cukup. Sekarang pun tak cukup, buat apa nak fikirkan masa akan datang. Walaupun sesetengah malas nak fikir, tapi saya pasti, hati kecil akan merasa ngeri jika terbayang tentang apa yang akan berlaku. Itu namanya rasa tanggung jawab. Jika kita tidak berasa demikian, amat bahaya tentang pembentukkan hati kita.


Pernahkah kita fikirkan, kita, terutama ketua keluarga, sekarang ini, kitalah yang bertanggung jawab memikul beban, memikul tanggungan, bekerja semata-mata untuk menyara keluarga dan memberi keselesaan kepada mereka.

Kitalah yang membanting tulang, memerah keringat, keletihan badan, kepenatan otak berfikir, segala kepayahan kita lakukan jua atas dasar kasih sayang dan tanggung jawab tersebut.

Tetapi apa akan berlaku jika, kita tiada lagi atau kita tidak berupaya melakukan kerja yang kita buat sekarang.

Mati tidak dapat dielak, sakit tidak dijemput, kemalangan tidak dipinta. Tetapi cobaan Tuhan tiada siapa menduga.

Jika tiada persediaan, apakah yang akan berlaku pada diri kita dan juga keluarga.
Renungkan seketika,
Apakah yg akan berlaku pada kita sekirannya salah satu perkara dibawah ini berlaku:


1. Kita meninggal dunia dalam masa beberapa tahu lagi - mungkin ada yang tidak suka memikirkannya. Sebab boleh katakan semua rasa diri akan berumur panjang.

2. Menerima cobaan berat seperti sakit kronik, hilang upaya, lumpuh, kemalangan dan sebagainya (Nauzubillahiminzaliq). Cuba lihat cobaan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini. Mereka menerima cobaan ini dah menyelesaikan dengan cara mereka. Apakah
kita bersedia menerima cobaan berat seperti mereka?



Apakah Insuran satu keperluan atau sesuatu hanya bagus untuk dimiliki?




Selamat datang ke blog sumber maklumat menyeluruh mengenai insuran. Diharap website ini dapat membantu dan dijadikan panduan sedikit sebanyak untuk anda memahami kepentingan insuran, bagaimana untuk memiliki insuran, samada insuran hayat, insuran pelajaran untuk anak-anak, insuran kad perubatan untuk persediaan kita, malah blog ini juga akan membantu anda untuk belajar serta menjalankan perniagaan Takaful.





Renungkan seketika,
Apakah yg akan berlaku pada kita sekirannya salah satu perkara dibawah ini berlaku:


1. Kita meninggal dunia dalam masa beberapa tahu lagi - mungkin ada yang tidak suka memikirkannya. Sebab boleh katakan semua rasa diri akan berumur panjang.

2. Menerima cobaan berat seperti sakit kronik, hilang upaya, lumpuh, kemalangan dan sebagainya (Nauzubillahiminzaliq). Cuba lihat cobaan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini. Mereka menerima cobaan ini dah menyelesaikan dengan cara mereka. Apakah
kita bersedia menerima cobaan berat seperti mereka?








Jadi apa yang dijangkakan akan berlaku sekiranya kita sudah bersedia, sekurang-kurangnya kita sudah merancang, kerana apabila kita merancang, berusaha, berdoa dan bertawakal, kesudahannya, biasa akhirnya didalam kebaikkan.:

1. Anda pergi dahulu, mati awal la katakan..
Alhamdulillah, jika kita sudah ada polisi perlindungan insurance, maka sekurang-kurangnya ada peruntukkan kewangan untuk keluarga kita bagi meneruskan kehidupan mereka. Kita akan dikenang, dirindui, disayangi sebagai orang yang bertanggung jawab pada keluarga sendiri. Bukan dikesali.

2. Umur panjang la katakan...
Alhamdulillah, duit simpanan kita dalam insurance takaful ini boleh kita keluarkan pada jumlah tertentu untuk perbelanjaan semasa kita. Dalam masa yang sama perlindugan insurance takaful itu masih berjalan, malah tidak berkurang walau sedikit.

3. Musibah dan cubaan yang ditakdirkan berlaku, seperti lumpuh, hilang upaya, kemalangan, sakit hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Penderitaan kita tersebut akan dilindungi sekurang-kurangnya dari segi kewangan.

Dapatkan takafulink (Insurance Hayat) dan juga smartmedic100 ( Kad Perubatan )


Terima kasih

Jasni Sangari
010 266 4443
jasni26@gmail.com

Jika anda ingin menjadi Agen MAA Takaful (ia dikenali sebagai - Consultant)



1. Prasyarat untuk menjadi agen MAA Takaful:
1.1 Kelayakkan minima SPM
1.2 Berumur dari 18-50 tahun.
1.3 Lulus pepereksaan sebagai agen takaful

2. Faedah yang akan diperolehi:
2.1 Komisen yang menarik selama 6 tahun untuk satu-satu kes yang berjaya anda perolehi.

2.2 Insentif tambahan. Berbagai-bagai jenis bonus insentif, bonus leadership, bonus pelancongan, production bonus dll.
2.3 Peluang kenaikkan pangkat yang tinggi.
Terdapat empat tingkat untuk anda mendaki sehingga kepuncak kejayaan didalam karier MAA Takaful ini
Tingkat Pertama: Sebagai Consultant
Tingkat Kedua: Executive Consultant (
Tingkat Ketiga:  Managing Consultant
Tingkat Tertinggi: Chief Concultant

Dibawah ini adalah contoh komisen yang akan anda perolehi pada tahun-tahun tertentu berdasarkan pangkat anda sekarang:


Manakala untuk Medical Card pula:


Apa yang perlu anda lihat, hanyalah dibahagian Consultan (Agen) sahaja dahulu. Setiap bisnes yang berjaya dibawa oleh agen, maka komisyen yang akan mereka perolehi adalah selama enam tahun, banyak tu.

3. Kemudahan yang diberikan:
3.1 Pengalaman tidak diperlukan, kerana latihan akan diberika secara online dan offline.
3.2 Anda tidak terikat dengan waktu pejabat, kerana hasil pendapatan anda bergantung terus kepada usaha anda sendiri.
3.3 Setelah anda lulus pepereksaan anda akan diberikan website promosi seperti ini secara PERCUMA dimana maklumat website ini akan diletakkan dengan maklumat anda sendiri.
3.4 Anda boleh lakukan secara part-time atau full-time


4. Jika anda berminat untuk menjadi agen, sila hantarkan:

4.1 Empat keping gambar terkini berukuran passport.
4.2 Dua keping salinan IC (Kad pengenalan berpalang - Tuliskan "Untuk Pendaftaran Pepereksaan MAA Takaful sahaja") 
4.3 Salinan photostat sijil SPM (Juga palangkan dgn mesej yang sama untuk keselamatan).
Kesemua dokumen diatas hendaklan dihantar kepada:


Jasni Sangari
26 jln 30/ku4 Tmn Hijrah 2
Rantau Panjang 42100 klang, Selangor


4.4 Bankkan duit sebanyak RM 110 (Dimana RM40 untuk pendaftaran peperiksaan, RM20 untuk buku berkenaan Takaful, RM40 untuk pendaftaran kontrak dengan MAA Takaful dan RM10 Kos penghantaran buku tersebut di Bank:
 
Maklumat Bank:

MayBank
162393005803
Jasni Sangari

atau

CIMB Bank
12030386663052
Js Network Resources
4.5 Isikan maklumat Anda di website ini Klik di sini ( website on progres )
 
* Saya akan menjalankan bisnes ini secara on line tidak lama lagi bersama En.Mazelan Abas 
dan agen yang berjaya menjadi agen di Group saya akan di beri replika website*
 
  

DANA PERUBATAN

Sedikit promosi kad perubatan dari MAA Takaful. Murah dan mampu dimiliki. Ayuh kepada yang masih tidak mempunyai kad perubatan, miliki kad perubatan MAA Takaful hari ini. Sediakan payung sebelum hujan. Sediakan persediaan sebelum ditimpa musibah penyakit.
MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100 MEDICAL CARD
PENGENALAN
MAA Takaful Smart Medic 100 merupakan kad perubatan yang memberikan ketenangan kepada anda dan keluarga dengan memberikan perlindungan pembedahan dan manfaat hospital yang komprehensif apabila anda memerlukannya. Dengan kos perubatan yang meningkat saban hari, kad perubatan ini merupakan penyelesaian kepada masalah ini dan anda tidak lagi perlu meminta-minta untuk sumber kewangan bagi membiayai bil-bil perubatan anda.
TIADA KO-TAKAFUL
Kad perubatan MAA Takaful tidak mempunyai ko-takaful 10%. Ko-takaful bermaksud peserta takaful harus membayar 10% dari jumlah bil perubatan yang dikenakan. Sesetengah pengedali takaful di Malaysia mengenakan Ko-takaful ini pada kad perubatan mereka. Namun dengan MAA Takaful Smart Medic, tiada ko-takaful dikenakan dan bil perubatan anda akan ditanggung 100%.
KAD PERUBATAN TUNGGAL (STAND ALONE)
Kad Perubatan MAA Takaful Smart Medic adalah kad perubatan tunggal di mana ia tidak perlu digabungkan dengan mana-mana pelan takaful hayat. Ini bermakna anda boleh mempunyai kad perubatan sahaja tanpa perlu memiliki pelan takaful lain.
PEMBAHARUAN DIJAMIN
Kad perubatan ini dijamin pembaharuannya setiap tahun. Boleh digunakan sehingga umur 80 tahun.
KAD PERUBATAN YANG MURAH DAN MAMPU DIMILIKI
Dengan RM55 sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan dengan nilai had tahunan sehingga RM100,000 dan seumur hidup RM300,000.
MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN YANG TINGGI
MAA Takaful Smart Medic 100 menawarkan khairat kematian sebanyak RM5000 untuk apa jua sebab kematian.
PANEL HOSPITAL TERBAIK SELURUH MALAYSIA
MAA Takaful mempunyai lebih 90 panel hospital seluruh Malaysia. Klik di sini untuk senarai penuh.
JADUAL MANFAAT MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100
JADUAL BAYARAN MAA TAKAFUL SMART MEDIC 100
*Bayaran di atas adalah berdasarkan sumbangan tahunan. Anda hanya perlu membahagikan jumlah tahunan kepada 12 bulan untuk mengetahui caruman bulanan anda
PERHATIAN!
Pelan takaful anda tidak akan lengkap jika sekiranya anda hanya memiliki kad perubatan tanpa mengambil pelan takaful hayat. Kad perubatan hanya menyediakan manfaat bayaran bil-bil perubatan dan manfaat khairat kematian sahaja. Anda perlu mengambil pelan MAA Takafulink yang menyediakan manfaat pampasan kematian dan hilang upaya kekal. Di samping itu, anda juga akan mendapat manfaat-manfaat tambahan yang lain berdasarkan keperluan anda.

Jika anda inginkan pelan lengkap, lihat contoh di bawah atau hubungi saya di talian dan emel di bawah.

DAFTAR PERMOHONAN KAD PERUBATAN ANDA SECARA ONLINE HARI INI! MUDAH DAN CEPAT.
Jasni Sangari
Managing  Consultant
MAA Takaful Berhad
Tel: 010 266 4443
E-Mel: jasni_aia@yahoo.com / jasni26@gmail.com
Laman Web: http://www.jasnisangari.com/blog