Monday 24 October 2011

DANA PENDIDIKAN



 Perjalanan yang Beribu Batu Jauhnya Bermula dengan Langkah yang Pertama…
Anak-anak kita merupakan aset yang sangat bernilai, mereka yang akan menjadi tunggak untuk menentukan
serta membentuk masa depan. Namun, masa depan anak-anak kita terletak diatas tindakan dan keputusan
kita HARI INI. Yang pasti, telah menjadi impian bagi setiap ibu bapa untuk menyediakan segala yang
terbaik dalam hidup kepada anak-anak mereka dan juga menjadi hadiah yang terbaik kepada anak-anak
iaitu pendidikan yang terbaik. Seperti perkara-perkara lain dalam kehidupan, pendidikan yang baik tidak
diperolehi dalam harga yang rendah.

Kebimbangan Kami...
Mengejar pendidikan yang terbaik bermakna di universiti yang terbaik yang sememangnya memerlukan
satu perbelanjaan yang besar. Kenaikan kos pendidikan pada masa hadapan memang tidak boleh
dielakkan; oleh itu kita sebagai ibubapa haruslah merancang untuk memastikan anak-anak kita lengkap
dari segi kewangan supaya mereka dapat mengejar impian dan keberanian walaupun pada masa inflasi
dan masalah ekonomi yang meruncing. Jangan bebankan anak-anak kita dengan membiarkan mereka
membayar pinjaman pendidikan sejurus selepas mereka menamatkan pelajaran. Tetapi jangan risau dan
bimbang, Takafulink Education direka untuk membantu anda merancang dan seterusnya seberapa banyak
dana pendidikan untuk anak anda. Ingatlah, kejayaan anak-anak kita bergantung kepada keputusan yang
kita buat pada hari ini… seperti kata pepatah; Perjalanan yang beribu batu jauhnya bermula dengan
langkah yang pertama. Dengan Takafulink Education, anak-anak kita akan lebih bersedia dan lengkap
bagi memastikan mereka mengejar cita-cita dan memenuhi impian mereka tanpa adanya halangan.

Penyelesaian...
Takafulink Education adalah ditawarkan oleh MAA Takaful kepada semua ibu bapa yang sentiasa
meletakkan keluarga mereka terutama anak-anak sebagai perkara yang utama. Takafulink Education bukan
hanya menyediakan anda pengumpulan dana pendidikan kepada anak-anak tetapi juga direka untuk
menyediakan perlindungan terhadap kematian di usia pramatang atau hilang upaya keseluruhan dan kekal
bagi Ahli Dilindungi. Oleh yang demikian, Pelan Takafulink Education merupakan Pelan Takaful Keluarga
berkaitan pelaburan yang diluluskan Syariah serta direka khusus untuk mengatasi ketidakpastian hidup
serta memaksimakan jumlah pulangan anda sambil membuka peluang untuk menjana pendapatan yang
lebih tinggi. Dengan hanya RM50 sebulan, anda telah mengambil langkah pertama untuk menyelamatkan
masa depan anak-anak anda.... TAHNIAH!


Faedah Pelan...

Perlindungan 
Anda boleh memilih jumlah perlindungan yang diperlukan, iaitu Jumlah Asas Dilindungi. Jumlah ini boleh ditambah atau dikurangkan, tertakluk kepada pengunderaitan semasa. Sekiranya berlaku Kematian,
kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki di dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar.

Sekiranya Hilang Upaya Keseluruhan dan Kekal dialami sebelum usia 25 tahun, kedua-dua Jumlah Asas Dilindungi dan baki Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan dibayar. Nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) akan berubah-ubah mengikut prestasi asas dana Takafulink Education dan ianya tidak dijamin.

Jenis Akaun 
Caruman anda akan disalurkan kepada Akaun Pelaburan Peserta (PIA) selepas ditolak Yuran Wakalah. Yuran Wakalah dikenakan oleh Pengendali Takaful sebagai ejen peserta dalam menguruskan operasi perniagaan Takaful. PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan.
Caruman anda akan dilaburkan di dalam dana yang diluluskan Syariah. Caj risiko bulanan akan dikenakan melalui PIA kepada Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA). PRIA adalah ana risiko terkumpul di mana para peserta membuat caruman berdasarkan Tabarru’ (sumbangan). Jumlah Asas Dilindungi adalah
berbayar dari dana tersebut.

Akaun PIA ini adalah tertakluk kepada yuran pengurusan dana sebanyak 1% -1.5% setahun, yang dikenali sebagai Yuran Wakalah Tharawat.

Manfaat Elaun

Pencapaian SPM 
Manfaat ini akan dibayar dari dana pemegang saham berdasarkan konsep Hibah (sebagai hadiah dari Pengendali Takaful kepada Peserta-peserta) dan merujuk kepada budibicara mutlak Pengendali Takaful. Jumlah maksimum yang akan dibayar dibawah manfaat ini dihadkan kepada RM 1,000. Jadual pembayaran adalah seperti berikut;

Keputusan SPM Manfaat akan dibayar (RM)
5A’s RM500
8A’s RM1,000

0 comments:

Post a Comment

sudi-sudila komen yer....