Sebab kita seorang manusia yang bertanggung jawab terhadap diri dan juga orang lain seperti ibubapa, isteri, anak-anak atau para pekerja kita.
Kita, suka atau tidak, memang tidak boleh lari dari menyebut soal kematian. Perkara yang paling ramai orang tidak suka untuk memikirkannya, kecuali hanya segelintir sahaja. Mungkin anda juga hanya akan membaca sehingga ke peringkat ini dan terus close blog ini, tetapi saya yakin anda berkemungkinan akan meneruskan juga pembacaan ini.
Ramai yang berfikir dengan perkataan "MATI", habis cerita, terutama orang yang tiada pegangan agama, mati adalah penamat cerita. Tetapi bagi orang yang bertanggung jawab, kadang-kadang kerisauan memikirkan tentang mati menyebabkan mereka menyerahkan kepada takdir untuk meneruskan kehidupan didunia ini. Menjadi orang bijak seperti sabda Nabi, membuatkan mereka berfikir tentang persediaan dunia dan akhirat. Sedangkan perkiraan akhirat juga bergantung sepenuhnya dengan segala perbuataan kita didunia ini.
Semasa muda dahulu, saya juga tergolong dalam golongan orang yang tidak memikirkan persediaan tersebut. Memang sudah terlambat, tetapi terlambat lebih baik dari tidak bersedia langsung. Apabila sudah berkeluarga, umur sudah meningkat, sudah ada isteri dan anak-anak, mula memikirkan soalan-soalan persediaan tadi.
Apa akan terjadi pada anak dan isteri saya jika ketiadaan saya nanti? Bila merenung muka anak saya yang bungsu, kerisauan akan meningkat secara mendadak. Malam-malam terjaga dan tertitis air mata seorang bapa. Adakah saya menyediakan ilmu yang bermanfaat serta harta/duit yang mencukupi untuk mereka meneruskan kehidupan yang selesa dan tidak meminta-minta? Adakah isteri saya terpaksa bekerja sendiri untuk menyara kehidupan mereka? Adakah duit EPF saya mencukupi? Adakah mereka akan menjaga amal ibadat seperti sekarang? Adakah mereka akan mendoakan saya seperti yang diajar? Adakah mereka perlu meminta-minta untuk masuk ke universiti? Adakah mereka akan terbiar tanpa bantuan? Bila sebut soal anak, hati ibu-bapa mana yang tak menangis? Sesetengah ada yang terjaga waktu malam untuk merenungkannya. Apalah lagi jika sekarang, untuk meneruskan kehidupan pun sering berhutang sana dan sini. Jadi kesudahnya ramai yang tak mahu fikir, sebab masalah sekarang pun tak pernah selesai. Duit tak pernah cukup. Sekarang pun tak cukup, buat apa nak fikirkan masa akan datang. Walaupun sesetengah malas nak fikir, tapi saya pasti, hati kecil akan merasa ngeri jika terbayang tentang apa yang akan berlaku. Itu namanya rasa tanggung jawab. Jika kita tidak berasa demikian, amat bahaya tentang pembentukkan hati kita.
Pernahkah kita fikirkan, kita, terutama ketua keluarga, sekarang ini, kitalah yang bertanggung jawab memikul beban, memikul tanggungan, bekerja semata-mata untuk menyara keluarga dan memberi keselesaan kepada mereka. Kitalah yang membanting tulang, memerah keringat, keletihan badan, kepenatan otak berfikir, segala kepayahan kita lakukan jua atas dasar kasih sayang dan tanggung jawab tersebut. Tetapi apa akan berlaku jika, kita tiada lagi atau kita tidak berupaya melakukan kerja yang kita buat sekarang. Mati tidak dapat dielak, sakit tidak dijemput, kemalangan tidak dipinta. Tetapi cobaan Tuhan tiada siapa menduga. Jika tiada persediaan, apakah yang akan berlaku pada diri kita dan juga keluarga. |
Apakah yg akan berlaku pada kita sekirannya salah satu perkara dibawah ini berlaku:
1. Kita meninggal dunia dalam masa beberapa tahu lagi - mungkin ada yang tidak suka memikirkannya. Sebab boleh katakan semua rasa diri akan berumur panjang.
2. Menerima cobaan berat seperti sakit kronik, hilang upaya, lumpuh, kemalangan dan sebagainya (Nauzubillahiminzaliq). Cuba lihat cobaan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini. Mereka menerima cobaan ini dah menyelesaikan dengan cara mereka. Apakah kita bersedia menerima cobaan berat seperti mereka?
Apakah Insuran satu keperluan atau sesuatu hanya bagus untuk dimiliki? Apakah yg akan berlaku pada kita sekirannya salah satu perkara dibawah ini berlaku: 1. Kita meninggal dunia dalam masa beberapa tahu lagi - mungkin ada yang tidak suka memikirkannya. Sebab boleh katakan semua rasa diri akan berumur panjang. 2. Menerima cobaan berat seperti sakit kronik, hilang upaya, lumpuh, kemalangan dan sebagainya (Nauzubillahiminzaliq). Cuba lihat cobaan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita ini. Mereka menerima cobaan ini dah menyelesaikan dengan cara mereka. Apakah kita bersedia menerima cobaan berat seperti mereka? |
1. Anda pergi dahulu, mati awal la katakan..
Alhamdulillah, jika kita sudah ada polisi perlindungan insurance, maka sekurang-kurangnya ada peruntukkan kewangan untuk keluarga kita bagi meneruskan kehidupan mereka. Kita akan dikenang, dirindui, disayangi sebagai orang yang bertanggung jawab pada keluarga sendiri. Bukan dikesali.
2. Umur panjang la katakan...
Alhamdulillah, duit simpanan kita dalam insurance takaful ini boleh kita keluarkan pada jumlah tertentu untuk perbelanjaan semasa kita. Dalam masa yang sama perlindugan insurance takaful itu masih berjalan, malah tidak berkurang walau sedikit.
3. Musibah dan cubaan yang ditakdirkan berlaku, seperti lumpuh, hilang upaya, kemalangan, sakit hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.
Penderitaan kita tersebut akan dilindungi sekurang-kurangnya dari segi kewangan.
Dapatkan takafulink (Insurance Hayat) dan juga smartmedic100 ( Kad Perubatan )
Terima kasih
Jasni Sangari
010 266 4443
jasni26@gmail.com
0 comments:
Post a Comment
sudi-sudila komen yer....