Friday, 21 October 2011

Orang kaya yang bijak

Saya ada pelanggan yang kaya, itu bagi pandangan saya dan suatu ketika dulu sebelum dia belum menjadi pelanggan saya, saya berkongsi tentang kebaikan kad perubatan ianya boleh melindungi wang kita dari habis untuk membayar bill perubatan dan sebagai nya.

  Pandangan beliau tentang kad perubatan ini memang sangat bagus tetapi beliau memberitahu saya yang dia ada wang dan sekiranya antara keluarga beliau masuk hospital swasta untuk menyelesaikan bill tiada masaalah.

Saya pun senyum dan menepuk bahu beliau dan mengatakan yang Abang memang tiada masaalah sebab Abang kaya tapi biasanya orang yang kaya nie, macam Abang adalah di kalangan orang yang bijak pandai sebab tu Abang kaya. Saya pun tanya lah satu soalan pada beliau, kalau di beri plihan antara RM1,700.00 atau RM30,000.00 yang mana satu Abang sayang? Dia pun jawab RM30,000.00 lah.....

Saya pun senyum lagi dan berkata , Kalau Abang memang sayang RM30,000.00 saya pun sama jadi ini pandangan saya. Setahun ada 365 hari ianya satu masa yang panjang dan macam-macam akan berlaku dan ini biasanya perkara yang kita tidak duga.

Saya cadangkan dalam setahun Abang peruntukan RM1,700.00 untuk Dana Perubatan keluarga. Sekarang ni kalau masuk hospital sebab Demam Denggi pun  memerlukan antara RM3,000.00 ~ RM5,000.00 dan ini baru sekali masuk hospital. Ingat ya setahun ada 365 hari dan sekiranya dugaan Allah nak beri pada kita apa lah daya kita. Kalau abang sekeluarga mempunyai kad perubatan hanya RM1,700.00 setahun dan ianya boleh menyelamatkan RM50,000.00 duit Abang, Kan itu satu tindakan yang bijak dan satu penjimatan.

Alhamdulillah, pandangan saya boleh di terima pakai dan beliau pun bersetuju dengan cadangan saya.

Nak di jadikan cerita  pada tahun ke-2 selepas mempunyai kad perubatan......berlaku 2 kejadian yang melibatkan anak lelaki beliau dan bill perubatan mencecah RM8,000.00.

Cerita orang kaya belum habis, nanti saya sambung lagi ya.....


 Seperti yang di janjika sambunga cerita Orang kaya yang bijak di teruskan......
Isnin 24/10/2011

Setelah insiden yang berlaku tehadap anak nya itu, beliau menambah Policy insuran iaitu jenis simpanan untuk dirinya sebanyak RM2700 dan mendapat perlindungan sebanyak RM100,000.00 + kemalangan + 36 jenis penyakit kritikal + elaun hospital.

Pada masa yang sama beliau memperkenalkan jiran nya kepada saya dan dalam diam-diam beliau telah menceritakan kebaikan / kelebihan memiliki Kad Perubatan. Alhamdulillah, jiran nya pun bersetuju untuk memiliki Kad Perubatan dan disitu saya dapat menjual Kad Perubatan suami isteri ( RM1883 ) TANPA perlu memujuk untuk membeli dan saya hanya perlu menerangkan lebih terperinci bila memiliki Kad Perubatan.

Pada Aug 2010 saya berhijrah dari AIA bhd kepada MAA Takaful bhd. Saya pun menerangkan kepada beliau kenapa saya berhijrah ke MAA Takaful bhd setelah sekian lama ( 10 tahun ) bersama AIA bhd.

Alhamdulillah, di situ beliau memperkenalkan meminta saya memberi penerangan kepada isteri beliau dan akhir nya isteri beliau bersetuju untuk membeli satu Policy yang bernilai RM3000.00 setahun ( Perlindungan RM100,000.00 + Simpanan + 46 jenis penyakit kritikal + Kad Perubatan + Elaun hospital ).
Yang paling menggembirakan lagi isteri beliau meminta Pelan Pendidikan untuk anak-anak nya seramai 5 orang dan setiap seorang caruman sebanyak RM1200 setahun. Alhadulullah, dalam hatil kecilku ini Ya Allah ini lah rezeki yang engkau berikan tanpa aku jangkan. Subhanallah

Saya cerita sikit kisah jiran orang kaya yang bijak....

Pada masa yang sama jiran nya pun ada, jadi secara tak langsung jiran nya yang dulu nya memiliki Kad Perubatan minta saya tukar kan Kad Perubatan nya ke syarikat MAA Takaful bhd dan meminta saya menyediakan pelan simpanan. Alhamdulillah, setelah saya menerangkan pelan simpanan itu beliau pun bersetuju mencarum sebanyak RM3500 ( Perlindungan RM100,000.00 + Simpanan + 46 jenis penyakit kritikal + Elaun hospital ).

Sebulan selepas itu saya mengunjungi rumah orang kaya dan seperti biasa dia akan memberitahu jiran nya  yang Jasni nak datang , kali ini saya datang untuk menghantar Policy Contract. Macam biasa teh 'O' panas menjadi hidangan dan saya pun menerangkan serba ringkas tentang isi kandungan nya. Perbincangan kami berkenaan Policy Contract bertukar ke satu topik  yang saya suka bila jiran itu tadi bertanyakan " Kalau saya nak UpGrade insuran saya boleh ke tak?" 

Jawapan saya memang lah boleh tapi dengan syarat kesihatan kita ok, tapi saya cadangkan ambil satu Policy lagi pun kira UpGrade juga. Bila saya bertanya berapa abang nak sum covered dan dia pun suruh saya kirakan untuk RM500,000.00. Alhamdulillah, setelah di kira dan perbincagan selesai akhirnya  dia bersetuju untuk menambah Policy baru dengan nilai caruman sebanyak RM10,000.00

Itu lah bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki tuam manusia siapa yang tahu ( Rezeki Allah nak bagi untuk anak-anak )

Note: Untuk info kawan semua, jiran orang kaya yang bijak itu sebenarnya adalah seorang Wargatetap ( ic merah ) 

Cerita Orang kaya yang bijak ada lagi sebenarnya ada lagi......nanti saya sambung lagi ye kekawan.





2 comments:

  1. terima kasih sbb sudi membaca, saya dah sambung sedikit cerita nya..

    ReplyDelete

sudi-sudila komen yer....